Tuesday, March 20, 2007

Rama Rama

seumpama rama-rama
terbang bebas di udara
tanpa ada halangan
aman damai suka-suka
riang ria
tanpa ada rasa duka sengketa
rama-rama

ekspresi dirimu menawan hatiku
ingin aku terbang bersamamu
melihat kerenah melihat telatahmanusia
yang sering telagah

ekspidisi ini bagai tiada henti
kan menjadi antologi diri
terhentilah mimpi terhapuslah sepi
sanubari yang lebih berani

terminal yang pasti satu fitrah hati
kerana yang sejati tiada kekal lagi
terbanglah ke sini mencari abadi
terbanglah ke mari mencari hakiki

seumpama rama-rama
melewati panorama
yang penuh warna warni
taman bunga taman damai
dengan aksi lincah
berputik hidup yang harmoni
rama-rama...