Thursday, April 21, 2011

Happy 31st Anniversary!

We never know or fully realize

How sweet and kind our parents are

How gentle and how wise

We simply take for granted

From day to passing day

Each sacrifice they make for us

In their own loving way

But then we finally grow and learned

The way that children do

How much their loves really meant,

How thoughtful they’ve been, too

And so this comes with all the thanks

You both deserve and more

For there aren’t two dearer parents

Than the one on this blog’s for

Happy 31st Anniversary Mak & Abah!

Sunday, April 17, 2011

Bersama Adik-Adik!

Hari Minggu yang penuh dengan aktiviti...wah seronok dapat berjumpa adik-adik semula... rasa rindu dah terubat sikit.. macam macam cerita yang kita kongsikan, gelak... berkaraoke.. berbowling... and dinner together.. walaupun penat tapi seronok.. hopefully kita akan selalu ketemu ya!!! lihatlah pelbagai ragam & aksi ....berbakat besar adik-adik nih rupanya....

senyumlah senyumlah wahai cek mek molek....
fina nape tur?
ada yang tutup muka..ops..ops... takut mak nampak hey...
they are great!!! make sure join aktiviti lain nanti yer...

Wednesday, April 13, 2011

Attitude Manusia

Hari ini aku tertarik untuk menulis mengenai attitude manusia tidak kisahlah di mana mereka bekerja atau menetap manusia pasti tidak terlepas dari pemerhatian orang lain. Itulah yang aku lakukan semalam. Macam -macam perasaan terkuis di hati bila melihat gelagat pekerja di bahagian pesakit luar di salah satu hospital kerajaan di Kuala Lumpur. Marah..Benci..Kesian...terlalu banyak emosi yang boleh di lontarkan... kesian melihat seorang pakcik india yang tua berjalan pun gunakan tongkat tidak cukup bertongkat oleh kerana cuaca hujan semalam pakcik tersebut membawa payung di tangan kirinya...langkah kecil yang diatur untuk berjalan bagi menyeimbangi postur badan yang telah tua..selangkah ..selangkah.. dalam hati tertusik susahnya orang tua nak berjalan mana attendance hospital nih tak nak ke offer wheelchair.... punyalah banyak wheelchair kat luar bangunan tur...takkanlah tak nak nampak.. duduk bersembang dari tadi di tepi tiang... geramnya melihat gelagat manusia yang sepatutnya bertanggungjawab tapi hanya melihat dan tidak mengendahkan keadaan orang tua tur....tak cukup dengan itu siap kene beratur untuk ambil nombor kemudian beratur dapatkan rawatan..... kurang prihatin kah kita kepada nasib warga tua seperti mereka??? di mana rasa tanggungjawab pekerja di sana???

apa yang anda rasa kalau orang tua tur adalah ibu bapa anda??

Tuesday, April 12, 2011

Mimpi

2 hari lepas tidur diulit mimpi... di kejar si tedung...laju berlari akhirnya terjaga 5.45am..eeeeee geli ular!!!!!!!

Monday, April 11, 2011

Perang Dah Tamat

Tiap Kali Terdengar lagu nih pasti jiwa terusik...Apakah benar perang dah tamat??? lirik yang perlu dihayati dan selami...

(Tun Dr. Mahathir - Intro)
The world now lives in fear
We are afraid of everything

Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umat manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang dah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

[ulang korus]

(bridge)
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

(Tun Dr. Mahathir - Outro)
War must therefore be made illegal

Nasihat Luqman Al Hakim


  • Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
  • orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
  • Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
  • Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  • Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

  • Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
  • Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
  • Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
  • Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
  • Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
  • Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  • janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
  • Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  • Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  • Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  • Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
  • selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
  • Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
  • Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
  • Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  • Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
    kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  • Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
  • Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
  • Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
  • Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Hot Air Balloons - Night Version

as promise .. i update a few picture di hot air balloons pada waktu malam..aku. ishak, my brother and kak aida .. yeah 4 of us sanggup meredah jammed untuk tengok balloons and of course i yang paling crazy ...pagi petang pergi..hehehheeee ya ampun..ramai bangat manusia compare dengan early morning..maybe malam minggukan... around 7pm we arrived at Putrajaya..jalan amat jammed luckly we got parking just nearby ..so tak payah lah berjalan jauh jauh..yeah memang cantik sekali permandangan ballon pada waktu malam... pada malam terakhir ada balloons show lagi..wowo!!!! cantik bangat dengan permainan api.. tapi since nak dapatkan shot yang terbaik terpaksa lah meredah lecak..yakssss..hehehhe but berbaloi-baloi... i berjaya dapatkan beberapa shot balloons yang cantik...enjoyed! then around 10.30pm we leave and go for bowling until 2am...wonderful weekend with family!

we Just arrive!! muka excited...hehehehe
Ramainya manusia!!! control senyum walaupun tengah panas dek terlalu sesak!!!
Antara ballons yang membuat pertunjukkan pada malam tue!
Yakkkssss..this is finally we got!!! hahhahaha lecaknya..kaki kotor....