Friday, November 11, 2011

Demi Masa

Walau sebanyak mana duit yang kita ada...
Walau sebesar mana kuasa yang kita perolehi..
Kita tidak mampu untuk memberhentikan atau mengulangkan waktu yang telah pergi
Hari ini 11 November 2011 (11.11.11)
Tidak mungkin akan berulang lagi..

"Demi Masa..
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian
Kecuali Orang orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh adn nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran" (103:1-3)

Thursday, November 10, 2011

Seksualiti Merdeka

Seksualiti Merdeka..... apabila mendengar isu semasa yang sedang hangat hangat hangit di dada akhbar dan media menyebabkan aku terusik nak tahu.. apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh seksualiti merdeka.... apa sebenarnyua yang diperjuangkan oleh penganjur..... terasa ingin berkongsi pendapat juga mengenai isu ni...

Bagi pendapat aku asas hukum ada 2 betul dan salah... hak dan batil.. hitam atau putih....yang mana kita pilih... sudah jelas dan nyata hubungan sejenis memang di larang dalam Islam.. jelas dan nyata tertulis di dalam Al Quran... sudah terjadi dalam sejarah Nabi Luth.. adakah kita golongan yang tidak mahu ambil pelajaran... Kalau sudah tercatat hukumnya haram.. maka haram...yang hak dan batil tidak boleh bercampur..... dari satu sudut aku ada terbaca kenyataan orang orang kuat event nih... "Seksualiti Merdeka tidak mempromosi gaya hidup seks bebas tetapi memberi platform kepada golongan -golongan "luar biasa" nih untuk memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang" persoalan aku kenapa golongan ini perlu memahami hak mereka? Sejak bila golongan ini diberi hak? Apabila berkata soal hak.. seolah olah kewujudan mereka dihalalkan dalam masyarakat.... sejak bila kita bersikap terbuka memberi hak menghalalkan hubungan sejenis ini???.... Bagi akulah memang secara dasarnya program ni bukan bertujuan mempromosikan hubungan seks sejenis.. tapi secara tidak langsung sebenarnya kita menampakkan kepada mereka kita menyokong tindakan mereka....mula mula mungkin berkempen untuk memahami hak dalam lingkungan undang undang.. aku rasa tidak mustahil satu hari nanti mereka akan minta kerajaan menghalalkan perkahwinan sejenis lak.. tak kanlah waktu itu baru kita nak berteriak teriak...sedangkan sekarang kita tidak menolak kehadiran mereka dalam masyarakat.... sedarlah muslimin.. perang akhir zaman bukan lagi dengan senapang atau senjata....mereka takluk minda untuk di jajah! Tidak sedar-sedar kah kita!?????

Saturday, October 29, 2011

Ceritera Roket!


kita buat kita belajar...
tiada hari tanpa ilmu!!

Wednesday, October 26, 2011
































Cinta Hati... ini bukan kali pertama beli album Siti.. tapi di sebabkan ini kali pertama siti mengeluarkan album inggeris jadi lebi teruja.. finally i got it! thanks to my sisters bought as my birthday present.. hahahah sound pelik.. dah lama pun birthday lepas.. but still valid untuk claim hadiah! yeah share some picture here... bagi peminat peminat siti i knew dah lama u all tunggu siti come out with this album kan.. another step dalam karier siti and of course another bidang yang siti cuba takluki.. iknew she deserve... coz she work very hard untuk sampai ke tahap sekarang.. semangat tur yang ramai tak sedar.. & kerana semangat itu aku amat menghormati dan menghargai bakat siti... cakaplah apa saja.. kutuklah apa saja.. siti sudah berada buktikan dia layak untuk dihargai...

Saturday, October 15, 2011

Berita Kepada Kawan



Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
sayang kau tidak duduk di sampingku kawan
banyak cerita yang mestinya kau saksikan
di tanah kering berbatuan....

Kawan...bersatulah untuk perjalanan ini..
Tautkan semula pimpinan tangan yang terlerai...
Kerana Tuhan Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang........

Lagu ini untuk mereka yang mengerti maksud kesatuan...

Friday, October 14, 2011

Awet Mayat!

hai a week tidak menulis.. a week with tiring work.. busy buat business plan 2012.. but abut kene reject.. buat semula.. abis pikior dah.. that's what we call challenge..but today i got new knowledge.. apa yang best keje di MSU nih.. we share among each others.. every department ada keje masing masing tapi i really admire dengan mereka yang bekerja di bilik mayat.. wow! sound horror hey.. today i learn the process of work medical assistant buat if they received mayat di bilik mayat.. bagaimana nak awetkan mayat.. what happens kalau process pengawetan tidak berjaya..really educate me.. bila first time masuk bilik mayat tur.. i feel bad because.. terpikir kenapalah dulu waktu sekolah aku tak di exposekan dengan real cabaran and "fun" dalam bidang perubatan.. mungkin kalau ada pendedahan awal.. sekarang dah bergelar Doktor...kalau based on penceritaan agak mencabar jugak kerja di bilik mayat nih... kerjanya perlu teliti dan keje banyak menguji kesabaran....mayat mayat di sini di awet untuk kegunaan pembelajaran dalam bidang perubatan.. thanks for sharing valuable knowledge & experience.. good exposure pada pelajar sekolah menengah.. owh just to share awet mayat nih ambik masa 7-8 hours then the cost to awet mayat nih.. i be surprised.. when i found out the cost around 40 -50K .. imagine .. good business to venture i guest!

Tuesday, October 04, 2011

Maryah Karpov - Mimpi Ikal



Ada

Tahukah dirimu, kawan?
Dalam serpih-serpih cahaya
Dan gerak-geri halus benda benda tersimpan rahsia
Mengapa kita ini ada

Lintang
Dengan pisau lipat ku ukir perlahan-lahan
Kalimat yang dalam
dari perasaanku yang larat
kerana hormatku yang sarat
untuk pesona persahabatan dan kecerdasan
Lintang, Lintang hatimu yang benderang
Qui genus hamanum ingenio superavit
Manusia genius tiada tara

Laut
Horizon,horizon setelah itu, tak ada hal lain
Horizon di langit dan horizon sejauh jangkau pandang
Muara Menyempit, delta mengerut
Hutan Lindap, dataran kelabu
lalu laut, laut seluas langit
Datar,tetap tak terhingga biru mendebarkan.

Senyum
Siapa yang menabur senyum
Dialah yang akan menuai cinta

Rahsia
Kuberi tahu satu rahsia padamu kawan
Buah paling manis dari berani bermimpi
adalah kejadian-kejadian menakjubkan
dalam perjalanan mengapainya..

Puisi
Dan tiba-tiba hari hariku berubah menjadi puisi
Semilir di pagi hari
Meriang jika siang
pecah, serupa ombak-ombak pasang kalau malam

curi aku dari bapaku

Tamat Kalimat

akhirnya tamat penjelajahan mencari maryamah karpov.. merungkaikan mimpi mimpi lintang, pencarian seumur hidup ikal... laskar pelangi hanya untuk mereka yang benar benar mengerti erti persahabatan, memahami nilai pendidikan, menghargai pengalaman hidup... pesona terakhir garapan andrea hirata benar benar bisa mengolakkan jiwa yang tenang.. penceritaan penghidupan dan pengharapan yang tidak pernah selesai...thumbs up untuk penulis! benar benar mampu menjiwai setiap watak yang di tulis. Novel terakhir ini benar benar mengangumkan... kesinambungan dari 3 novel yang awal diakhiri dengan persoalan yang perlu di fikirkan sendiri oleh pembaca. for this time feel so hard to express it using word.. teruja sangat..bercampur baur emosi yang dicipta oleh penulis... yang penting dalam kata pendek it superb! so jangan terlepas untuk menbacanya! walaupun buku ini dalam bahasa indonesia tapi ia agak mudah untuk difahami.. bahasa yang serumpun... read it... jadi rindu pada video nih.. so let me share.. crazy of arai! Now Im waiting for laskar pelangi teater musikal!!!!!


Sunday, September 25, 2011

Jodoh

apa itu jodoh? betul ker semua orang akan jumpa jodohnya? panjang kalau nak di debatkan soal jodoh ni...mungkin berpuluh puluh kertas kajang pun belum tentu bisa habis menulis tentangnya... bagi yang belum menemukan jodoh... tawakal dan berdoalah.. yakin pasti jodoh itu memang sudah di tetapkan.. semuanya rahsia Allah.. sampai masanya Allah akan bukakan jalan...yang penting usaha dan tetapkan keimanan...

Kadang kadang kita tak pernah menyangka jodoh kita sebenarnya telah lama kita jumpa.. mungkin tak kerana tidak pernah kita fikirkan...atau mungkin memang sengaja Tuhan nak kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum kita berjumpa dengan orang yang benar benar menghargai diri kita.. rahsia yang Esa siapa kita untuk menidakkan.. mungkin benar pepatah melayu ..kalau dah jodoh takkan kemana....

Sentiasa berdoa di temukan dengan yang terbaik untuk diri....

Syawal


mungkin belum terlalu lewat untuk menulis mengenai syawal.. walaupun tinggal seminggu lagi syawal 1432H akan meninggalkan kita... apa ertinya syawal .. bulan yang dinantikan sejagat umat islam .. dikatakan bulan kemenangan.. adakah kerana menahan nafsu makan dan minum kita dianugerahkan satu bulan kemenangan di dalam kalendar islam... atau apakah ini hanyalah simbolik untuk kemenangan yang lebih besar sebenarnya.... di singkap sedikit sejarah semasa zaman rasullah.. ada peperangan yang di lancarkan dalam bulan ramadhan.... aku terfikir beberapa perkara sebenarnya.... pada masa peperangan itu berlaku adakah kalendar islam sudah wujud?... bila agaknya syawal pertama kita sambut adakah selepas kewujudan sistem kalendar islam.. atau sebelumnya lagi.....

kalau mahu diungkai dan difikirkan mungkin banyak soalan soalan yang luar biasa boleh tercambah dari otak.. tapi cukuplah sekadar 2 soalan ini untuk di fikirkan bersama.... erm.. ok.. nak share sikit,.. what happens to my raya... this year hampir 10 hari bercuti... . memang berjalan sakan.. ada task yang perlu di selesaikan.. dari satu rumah ke satu rumah... sehinggalah ke singapore.. a few years tak berjumpa dengan sedara mara di Kota Singa ... tahun ini di izinkan untuk singgah beraya.. & what makes this raya more wonderfull .. apabila dapat berjumpa old old friends.. masing masing sudah ada kehidupan masing masing... banyak cerita yang di kongsikan.. banyak juga pelajaran yang dapat... this is life.. kita akan sentiasa belajar dari pengalaman orang lain....... apa yang tak best pasal syawal nih.. erm... bila ramai dah orang tanya..bila nak kahwin.. umur dah pun dah bertambah.. erm...soalan yang memang sangat popular lah ditanya pada bulan syawal.... & jawapan standard jodoh tak sampai nak buat mcm mana kan.... but anyway.. takpelah they all too consent kan.. sbb tur dok bertanya jer... it's a part of my syawal... hopefully syawal yang akan mendatang akan lebih membawa rahmat pada diri... amin....

Thursday, August 25, 2011

Kerja di Bulan Ramadhan

dah sampai minggu terakhir Ramadhan 1432H.. bila di tanya apa yang kamu dapat pada ramadhan kali ini...erm... terkebil kebil mata nak menjawab..hahahaaa dalam hati terdetik jugak dapat lapar dan dahaga ker...=) tapi biarlah dibahu kanan dan kiri kita ada pencatatnya.. Allah melihat apa yang kita kerjakan... ramadhan kali ini lebih bervisi dan bermisi.. ada misi yang perlu di capai dalam masa setahun ini.. penat atau tidak.. suka atau terpaksa.... ada janji yang telah di pahat.. ada materi yang telah diikat...ada diri yang sanggup menggambil tanggungjawab..begitu ikatan antara kita & pencipta.. semoga Allah sentiasa memberi ketetapan didalam hati.... mengajar & memandaikan dengan rahmat & kasih sayangNya.. semoga terus diberikan kesihatan yang baik & semangat yang kental...menghidupkan jiwa rijal dalam diri.... agar dapat terus bekerja dan beribadah di Ramadhan yang panjang ini....sentiasa berharap kemenangan syawal sempat untuk di kecapi..
amin...


_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?25206bd6afb73ee3de3ae943d9d63c5b

Wednesday, August 17, 2011

Ihya Ramadhan: Rumah Warga Tua Al Ikhlas

pakcik nih antara yang boleh berjalan di sana.. kebanyakkanya tak mampu untuk duduk sendiri walaupun di katil. Terpancar keseronokkan pakcik nih menyambut kedatangan kami disini..
sebahagian anak anak yang marhaban...
Gambar kenangan di hadapan landskap bahagian hadapan rumah.. eh..mana pergi yang lain nih...??

Program Ramdhan tahun ini agak istimewa...tahun ini dapat berkongsi dengan anak anak yang lain pengalaman berpuasa di Rumah Warga Tua Al Ikhlas..sayu hati melihat keadaan ibu ibu dan bapa bapa yang berada disana...melewati usia tua di sana ungkin bukan pilihan mereka.. namun keadaan memaksa mereka untuk menetap di situ.. banyak pengalaman yang di kongsi..banyak pelajaran yang aku dapat...kagum melihat kecekalan wanita besi disebalik berdirinya rumah ini.. masih ada manusia yang begitu prihatin nasib warga tua yang kebanyakkannya di tinggalkan anak yang memberi alasan sibuk bekerja tidak sempat menguruskan ibu bapa mereka... ntahlah adakah faktor kesempitan hidup menyebabkan mereka menjadi begini.. atau faktor ekonomi keluarga...kota kuala lumpur yang bisa menghayutkan manusia di dalam arus derasnya... tidak tahu siapa yang harus di persalahkan...

Ada yang lebih besar aku kagumkan... semangat anak anak yang turut serta ke sana.. kagum melihat mereka melayan & berborak bersama nenek nenek & atuk atuk di sana.. walaupun itu sebahagian daripada task yang telah di tetapkan..but they do a great job... bermarhaban & bertadarus..di susuli berbuka puasa.... semua mereka turuti...anak anak u are great... kamu pemimpin masa hadapan.. semoga kamu belajar jangan biarkan ibu bapa anda nanti berada di rumah rumah begitu.... kalau seorang ibu dan bapa mampu membesarkan 10 orang anak... Mengapa tidak 10 orang anak nanti menjaga mereka ketika mereka tua... anak.. tanggungjawab kalian amat besar....harapan ibu & ayah juga besar untuk kamu...berusahalah untuk merubah nadib diri kamu.... Masa Depan Kamu di tangan kamu sendiri.. berjaya atau gagal pilihan kamu sendiri.... Doa umi & ibu bapa kamu sentiasa akan mengiringi setiap langkah perjalanan kamu dari bertatih sehingga berlari....

Tuesday, August 16, 2011

Aku & Ramadhan

Lama meninggalkan laman blog nih... Ramadhan kembali lagi bagi tahun 1432H... setiap kali Ramadhan hadir pasti setiap umat islam mengharapkan Ramadhan pada tahun ini akan menjadi Ramadhan yang terbaik dalam hidup.. ..apa pengertian Ramadhan sebenarnya... ada kawan aku kata Ramdhan bulan misteri.. banyak yang tersirat dan tersurat dalam bulan Ramadhan... Bagi aku Ramdhan bulan kerja/ ibadah yang panjang... banyak kerja yang perlu di selesaikan sebelum menunggu kedatangan syawal.... Kalau di fikirkan akal.. mengapa pada zaman Rasullah dahulu perang di strategikan pada bulan Ramadhan...? Terlarat ker nak berperang masa bulan Ramdhan nih yer....Huh fikirlah...kenape agaknya yer.. apakah pelajaran Ramadhan yang tersurat yang cuba disampaikan agaknya ye...? =P

Sepanjang malam dalam bulan Ramadhan .. ada satu malam yang ditunggu -tunggu oleh setiap umat islam.. Malam lailatulqadar.. malam yang mulia dari seribu bulan...apa tu malam lailaturqadar yer...? malam di diturunkan al-quran...panduan bagi segenap umat islam... senjata orang mukmin..kitab rujukan bagi yang berakal... begitu banyak perkara -perkara penting yang berlaku dalam bulan Ramdhan... apakah benar pengorbanan kecil kita menahan lapar dahaga di waktu siang di rai dengan kegembiraan syawal.... atau sebenarnya "syawal" kita sebenarnya masih belum tiba lagi...... sekadar untuk di fikir-fikirkan bersama..

Salam Ramadhan 1432H..teruskan berpuasa..kita masih bekerja...

Tuesday, July 26, 2011

Edensor






Dalam kesibukan dua minggu lepas.. sempat juga aku mencuri curi masa menghabiskan sebuah novel karya Andrea Hirata.bertajuk Edensor.... buku yang telah diterbitkan pada tahun 2008..diterbitkan di Indonesia baru saja aku mulai mengenalnya... terlalu lama untuk mencintai karya sastera yang jarang ditemui di Malaysia.. dah beratus novel dan cerpen yang pernah aku baca.. tapi Edensor membuka lembaran baru cara pembacaannya.. beribu perasaan dengan beribu pengadaptasian tersendiri... mungkin kalau pembaca novel ini belum menonton movie laskar pelangi dan sang pemimpi ..pasti akan aras pelik .. dan tidak memahami kandungan novel ini... Edensor merupakan kesinambungan trilok cerita laskar pelangi.. yang menonjolkan kegigihan 10 anak anak melayu yang miskin tetapi tetap dahagakan pendidikan..walaupun pelbagai kekurangan yang mereka alami tidak pernah sedikit melunturkan semangat untuk terus belajar...kegigihan cikgu muslimah tiada duanya... seorang guru yang sentiasa percaya anak anak miskin ini akan menjadi seorang manusia yang disegani pada masa hadapan.. penceritaan yang amat menarik dan membri sumber inspirasi khususnya kepada guru dan para pelajar. Laskar pelangi terus diolah dan dibukukan serta di filemkan dengan garapan yang begitu baik dalam sambungannya Sang Pemimpi...Kesinambunagan kisah Ikal dan Arai.. yang tidak pernah kalah dalam bermimpi... Arai seperti tidak pernah lelah menceritakan mimpi-mimpinya untuk ke Perancis... mengajak Ikal dan Jambrone untuk berada dalam mimpinya... kalau menonton filemnya.. sumpah aku benar-benar jatuh cinta dengan Arai.. gilakan...semangat Arai benar-benar buat aku jatuh cinta... Ingin sekali menjadi Zakiah Nurmala... gadis yang digilakan Arai siang dan malam.... =) alangkah bagusnya kalau semangat Arai itu benar benar wujud dalam diri... tak pernah kenal putus asa... sepertinya mustahil mengejar mimpi mereka.. namun mereka terus berani bermimpi...kerana mereka yakin tuhan akan memeluk mimpi-mimpi mereka! Akhirnya Arai & Ikal bukan sahaja bermimpi... mereka betul betul sampai ke Perancis.. Bagaimana mereka sampai di Perancis... Novel Edensor merungkaikanya.... kehidupan kecil Ikal sekali lagi di untaikan lebih terperinci... ramai yang pernah hadir dalam hidup Ikal satu ketika dahulu.. Weh antaranya.. yang mengajarnya kehidupan seorang nelayan.. membaca arah melalui bintang, mengajarnya erti kehidupan dengan pandangan yang berbeza... Watak Weh benar benar mendewasakan Ikal dalam banyak hal... Kesusahan kehidupan di Pulau Belitong satu ketika dahulu benar benar mengajar Arai & Ikal untuk memiliki jiwa dan hati yang kental.. tiap kali melewati satu Mozek (Bab) di dalam Novel ini pasti aku berhenti seketika dan berfikir... pengolahan ayat yang bersahaja kadang kadang mampu untuk ketawa dan sedih sendiri... terlihatnya seperti orang Gila..baca novel boleh ketawa terbahak bahak sendiri... memang benar benar GILA... Gila dengan siri pengembaraan yang di paparkan.. bukan hanya Perancis yang dia tawan malahan hampir lebih 40 negara berjaya sampai hanya berbebekalkan semangat yang tinggi, kreativiti menjadi seniman jalanan dan duit yang sedikit...Mungkin kalau pernah menonton Laskar Pelangi.. akan kenal dengan Ai Ling.. gadis genit berbangsa cina yang meruntuhkan kedegilan Ikal....siapa Ai Ling sebenarnya... Di mana dia berada... Edensor ada jawabnya... so bacalah!!! would like to have a comments kalau ada yang sudah membacanya..... you will never regret kalau baca Edensor bila sudah menonton kedua-dua movienya terlebih dahulu... Laskar Pelangi & Sang Pemimpi... then after finish your Edensor cari last novel dari sekual nih.. Maryamah Karpov...

So watch it & read it... the you feel it...




"Pegembaraan ternyata memiliki paru-parunya sendiri yang dipamkan oleh kemampuan menghitung setiap risiko, berfikir 3 langkah ke depan sebelum langkah pertama diambil, integriti yang tidak dapat di tawar-tawarkan dalam keadaan apapun, toleransi dan daya tahan semua, itu lebih dari cukup untuk mengubah mentaliti manusia yang paling bebal sekalipun ~ ikal :Edensor"

Sketsa Dua Minggu

agak lama tidak diberi kesempatan untuk menulis.. masa amat pantas berlalu dengan beribu tanggungjawb di pundak yang masih belum selesai..menuntut untuk meninggalkan blog sendiri.. but really miss to update another journey of life ..eventhough i much sure nobody will read this... =P yer ker..... ??? two weeks with colorful activity with no weekend.....starting from convocation. & involved as ushers untuk VIP.. this is not my first time involved in convocation... so nothing much new for me.... everthing goes as plaaning..cuma yang tak bestnya it on weekend....but anyway we are paid to do job right.. so just love your job...malam tur ada chansellor dinner.. erm.. hilton.. never been to hilton before eventhough most all the times see the building besides the KL Sentral... and of course the best part of dinner is a foodkan.. sangat teruja meyimpan perut untuk makan dengan sepenuh perut..hahahahha buat the end the food was only SO-SO ..bolehlah tak lah seperti yang aku bayangkan...luckly.. ada Ning Baizura.. she was good beb! Her performance was superb... brilliant song choices and good two way communication.. terpegun melayan kak Ning...hahahahha but the sad things of that night ..bila nabil raja lawak buat show.. ya ampun.. apa apaan saja...shownya ngak ngerti..mungkin kerana ada kerabat diraja yang menonton ...sampai tak terbuat lawak...hahahhaha ingatkan aku sorang yang rasa.. tapi most of audience have same comments.. so it is.. memang tak lawak pun raja lawak... =)


another weekend.. back to johor.. purposedlt for work.. but the same time... apa lagi balik gumah lah kan... one night only at Kulai.. but still sempat spend a few hours meeting very old -old school senior..masa dah banyak merubah kita semua..mungkin pertambahan umur membuatkan masing masing lebih matang dalam berbicara dan berfikir...bila dah berjumpa apa lagi..bercerita sokmo....banyak perkara yang nak diceritakan dalam masa yang begitu terhad.. =) jadinya tak semua benda sempat nak kabor.. kabor yang penting penting dulu jer.. next time kalau ada balik Kulai lagi... maybe we can meet again .. Insyallah...

Thursday, July 21, 2011

Demi Matahari



Demi matahari dan cahanya dipagi hari
Dan bulan apabila mengiringinya
Dan siang apabila menampakkanya
Dan malam apabila menutupinya
Dan langit serta pembinaanya
Dan bumi serta penghamparanya
Dan Jiwa serta penyempurnaannya
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikkan dan ketakwaannya
Sesunguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
Kaum Tsamud telah mendustakan rasulnya kerana mereka melampaui batas
Ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka
Lalu Rasul Allah berkata kepada mereka: Biarkan unta betina Allah dan minumannya
Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu,
Maka Rab Mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka
Lalu Allah menyamaratakan mereka dengan tanah
Dan Allah tidak takut terhadap akibat tindakan-Nya itu
-Asy Syam-

Dalam kejadian siang & malam ada cerita yang perlu difikirkan....
Ada kisah yang perlu dirungkaikan....
Untuk mereka yang memahami
Teruskan bekerja...
Kerana Allah sentiasa melihat pekerjaanmu.....

Wednesday, July 13, 2011

Kawan

Kawan
Dimarahi itu sakit
Tapi diammu itu lebih perit
Luahkan apa yang kau rasa
supaya kita dapat berkongsi
mungkin takdir telah menyusun
kau untuk dia
aku untuk mereka
namun kau masih kawan
kawan
yang sentiasa dihati & difikiran
siang & malam..
kau masih ada aku
untuk menangis dibahu..
kerana kau sebenarnya lebih dari kawan...

Monday, July 11, 2011

Berani Gagal




Berani Gagal..ketika berumur 16 tahun.. masa tur form 4.. aku dah baca buku nih.. Buku hasil tulisan Billi PS Lim nih benar benar menyedarkan aku betapa besarnya peluang dah jalan yang terbuka pada setiap kegagalan yang kita kecapi... mula mula buku tur aku pinjam dari Jue.. then kerana tak keterujaan dengan penulisan motivasi PS Lim nih akhirnya aku beli sendiri... tapi sekarang aku tak sure mana dah aku letak buku nih.. masa kemas rumah pindah aritur ada juga selongkah selongkah mini library tapi tak jumpa... tak ingat dah letak mana...

Tak pasti mengapa hari ini terasa ingin membaca buku ini semula..mungkin dengan harapan mampu meniup semangat dan membangkit roh dalam jiwa..hidupkan macam roda.. adakalanya di atas adakalanya di bawah..mungkin melalui pembacaannya nanti mampu mengisi ruang ruang sempit yang sentiasa membolak balikkan hati... ada beberapa sajak yang aku suka dalam buku nih.. ada yang aku pernah tulis semula dalam buku nota masa belajar dulu ..dengan harapan bila hilang mood nak belajar aku boleh baca sajak tur kembali.. memang secara physcologinya berjaya..menghidupkan semangat semula... aku try try lah search kat pakcik google nih.. aku jumpa sajak nih... ni antara sajak yang ada di dalam koleksi Buku Berani Gagal.....hayatilah


Jika kau tidak dapat menjadi meranti di bukit,

Jadilah aur di lembah, tapi jadilah aur yang terapung di sisi bukit

Kalau bukan pokok aur saja pun jadilah,

Jika kau tidak boleh menjadi rimbun, jadilah rumput,

dqn hiasilah jalan dimana-mana,

Jika kau tidak boleh menjadi haruan, jadilah sepat

tapi jadilah sepat yang terlincah di dalam paya,

Bukan semua boleh mejadi nakhoda,

Lainnya harus mengikut saja,

Pasti ada sesusatu untuk semua,

Kerana ada tugas yang berat & ada tugas yang ringan

Antaranya dibuat yang mana lebih berdekatan.

Jika kau tidak dapat menjadi bulan,

Jadilah bintang

Jika kau tidak boleh menjadi jagung,

Jadilah keledek,

Bukannya mengikut besar kau kalah atau menang

Jadilah DIRIMU sendiri yang terbaik.



Umur itu bayangan jiwa



Jika kau telah melupakan segala impian
Jika tiada lagi harapan,

Jika kau tidak lagi memandang kedepan,

Maka tualah kamu sedemikian,

Tapi jika kau menikmati hidup dengan penuh daya

dan dalam hidup kau masih mampu berjenaka

Jika kau masih cinta pada asmara,

Maka pastilah kau masih belum tua

Walaubagaimanapun masa itu berlalu

Walau berapa harijadimu yang berterbangan

Muda & Tua itu bukannya bergantung pada tarikh & Masa

Tetapi Keadaan Jiwa...

Tugas Kita bukanlah menambah usia kepada kehidupan
Tetapi

Menambah Kehidupan kepada usia........

Hak!

erm.. enrty kali mungkin sedikit pelik.. aku tak tahu mengapa bila mendengar orang membicarakan soal hak sebagai rakyat malaysia aku jadi marah... marah dengan orang orang yang menjerit tentang hak diri.. terlupakah mereka hak orang lain yang dinafikan semasa mereka melaungkan hak mereka... terlupakan mereka pada hak orang yang terpaksa berjam jam tersangkut di jalan...terlupakah mereka pada hak graduan yang terpaksa konvokesyennya di batalkan gara-gara mereka.. terlalaikah mereka pada hak bakal pengantin yang menunda majlis perkahwinan... teralpakah mereka pada hak peniaga-peniaga yang menanggung kerugian kerana menutup perniagaan..terlalaikah mereka pada hak orang yang meninggal dalam perjalanan kerana lambat mendapat bantuan kecemasan dari ambulans.. terlupakah kamu pada mereka yang tidak sempat menatap wajah orang-orang yang tersayang buat kali terakhir kerana terlewat sampai... kamu bicara tentang Hak.. hak siapa yang kamu laungkan... adakah hak kami secara keseluruhan rakyat malaysia atau hanya hak untuk 20 000 orang yang menjerit-jerit yang kononnya mempertahankan hak mereka...



Kawan berlaku adillah untuk semua... kalau benar kamu memperjuangkan soal hak secara ikhlas...mengapa tidak diserahkan memorandum sewaktu kamu dibenar berjumpa dan berbicara bersama Duli Yang Mulia...


Apa yang kamu sembunyikan... apa yang kamu putarkan.. apa yang kamu cuba buktikan... atau ada pandangan yang cuba kamu alihkan?


HAK apa yang kamu bicarakan sehingga mengendahkan HAK orang lain....
Letaklah sesuatu yang Hak kepada yang BERHAK!

Thursday, July 07, 2011

Nation Building Series:Choices of Malaysia Education System

erm.. great sharing nites ...yesterday....thank you for invitation .....im sarting this posting with one questions......do we have a choices sending anak anak ke sekolah yang kita suka?



Dulu waktu aku sekolah rasanya we have no choices ... kita akan di hantar pada sekolah yang berdekatan dengan alamat rumah kan... but nowdays they change.. so lucky student nowdays the can choose the school the want to go... we have lots types of school skrg.... sekolah international ada.. sekolah agama ada, sekolah seni ada..sekolah sukan ada... so many lah...see how fast education system growth....macam macam fasilitis yang mula disediakan di sekolah.. lebih lebih lagi kalau private school... from swimming pool sampai ke lane bowling.. some school provide to make sure student not just only study but they learn... long life learning ...it is process yang never stop...



i like to share a few comments and some issues brought up during yesterday session


1. Regarding Sex Education
like the way Dato Freida answer it... are we learn sex before... at school (During our school time)? no is't.. but we learn science...we learn reproductive system ..so on so forth sumenya dalam sains.. so the important in teaching sex education not teaching them about safe sex ker or contradictions ker etc.. but the VALUE.... VALUE as a girl.. value as a boy.. how important of pelajar lelaki nih tau menghormati pelajar perempuan.. & tugas mereka melindungi.. teach them about value.. about self protected...about tanggungjawab if sudah terlajak.. itu yang lebih wajar untuk di ajarkan..


2. Sains & Math in BI/BM

on this issues.. i would added my opinion on it... some how dalam permasalahan ini sebenarnya kita terlupa... BI/BM is a language... so apa kaitan language with the knowledge of sains and math..sejarah dulu pernah membuktikan pada satu masa dahulu apabila satu satu ilmu itu di dalam certain bahasa eg bahasa arab, atau bahasa latin..atau bahasa yunani.. (otak pikir pikir..ada ke bahasa yunani ~ macam ada kot) so sebagai seoarang yang nak mendapatkan ilmu dia perlu menguasai bahasanya...so in this case... sains dan math can be remain in Bahasa Melayu or in English medium..doesnt matter.. yang penting ilmunya sampai.. & bahasa something that u have to speak & practice...so as a conclusion kalaupun belajar sains & math dalam BI belum tentu pun pandai cakap BI nanti... =)


actually ada beberapa lagi issues yang berbangkit tapi tak ingat the content secara keseluruhanya... but one more thing yang membakar semangat untuk meneruskan perjuangan dalamb idang pendidikan when dato freida share valuable experince how do she start getting involved dalam bidang pendidikan nih...starting bila dia nak hantar anaknya yang berusia 4 tahun ke ekolah after that tak diterima dengan alasan too young... then she thinking of open her own school.. starting with only 4 students.. then she teach her small cousin jadi operator... tukang angkat call.. hheheheh siap provide teks how to anwering the call... how hard she work to prove only education can change the world... then now she prove with hard work skrg dia dah ada 3 sekolah including international school.. impossible is nothing! rasanya 2 hours session terlalu singkat untuk berkongsi segala experincenya dalam bidang pendidikan.. really admire and inspire me... i do like if get an oppurtunity having an experince sharing session with her.. prayer for luck... =) ..


anyway learning is a process .. never know when it start and never know when it ends...

love to learn.. learn to love...


Sunday, July 03, 2011

Broga!

Broga.. jauh tak jauh dekat tak dekat.. yeah arini mendaki Broga!!!! Broga..Broga..Broga... banyak dah aku baca entry blogger pasal Broga.. kalau tengok dalam gambar memang tertawan.. puncak hijau saujana mata memandang.. seawal 5.30am aku dan kengkawan bergerak dari kajang... dari kawasan university nottingham tur aku dah nampak bukit broga... ada cahaya torch light.. dah ramai yang mendaki walau dalam gelap nih... lebih kurang 500 meter di hadapan aku dah nampak kereta- kereta parking di bahu bahu jalan....yeah dalam hati kata dah sampai dah nih....then masuk ke arah ladang ..ada budak cina tahan kereta "2 linggit parking"hisy..memang boleh jadi kaya tokey ladang nih kutip RM2 parking satu kete...nak buat macam mano.. bayor ajelah.. kalau tak parking luar lagi jauh...turun - turun kete banyaknye manusia... macam macam orang berniaga kat sini.. air mineral..air kelapa, ntah macam-macam jenis air.. tapi kitaorang tak teruja pun..sebab belum haus lagi masa tur.... excited nak mendaki jer masa nih....dalam hati terdetik 400 meter.. lebih kurang 1400 meter atas paras laut...apalah sangat kan... since pangalaman pernah mendaki gunung tahan dan ledang masa zaman sekolah dulukan...tapi itu dululah wakty badan very the fit...hahhahahahha ambik ko skrg nih..bila dah naik baru 200 meter dah termengah-mengah....dah dengan kamera besar gabak yang aku bawa...rasa nak tercabut gak bahu tur...tak cukup dengan kamera... aduihhh beg aku plak buat hal...zip plak buat hal..adoi mak..nasib..nasib...rasa nak tinggal jer beg tur kat situ... nasib baik ada Cik Nad yang membantu bawa beg aku setengah perjalanan tur... terima kasih yer kawan...hehehehe lepas tur aku plak yang tinggalkan dorang... pendakian yang bermula kira-kira 30 minit mendaki akhirnya sampai kat puncak pertama...ramai jugak manusia hari ahad nih...dari sekecik kecik budak sampai setua tua manusia....semuanya ingin menikmati pandangan awal pagi di puncak Broga... erm..tapi arini nasib kitaorang tak berapa nak baik..sebab matahari takde..cuaca mendung sikit..but the best thing of mendung nih... kitaorang seronok berlama-lamaan di puncak.....dari bergambar, melompat,bersembang, makan cokelat..etc....the best thing bila dah sampai puncak lupa terus rasa penat mendaki.. yang menyebabkan gigel kepala lutut nih.... yang aku suka bila sampai dipuncak tur..aku nampak sekumpulan budak budak sekolah ..tak sure dari mana..mungkin sekolah cina dok kutip sampah yang ditinggalkan pendaki.... erm..tersentuh akal...nasib baik ada golongan yang begini yang begitu prihatin tentang alam sekitar..kalau tidak mungkin banyak 10 tahun akan datang Broga dah tidak boleh di panggil bukit Broga..mungkin bukit sampah...dalam teruja mendaki manusia terlupa tanggungjawab sosial mereka untuk menjaga kebersihan sekitar...anyaway hampir satu jam di atas.. then we all sume turun... ya ampun... ingat mendaki itu sukar rupanya turun tur jauh lebih mencabar...dengan pasir.. dengan licin.. dengan kamera....memang tercabar minda..sampai ada yang tergolek jugak waktu kitaorang turun.... sampai sampai bawah...first word yang kuar..LAPAR!!......apa lagi cari makan lah lepas tur.... another great experince on weekend!! selagi hidup mengembaralah ..luas bumi Allah... jelajahinyalah kawan... owh ..aku sharekan sikit gambar di sini yang lain di FBlah!










Saturday, July 02, 2011

Transformers..Terbaik Wok!


Wargh!!!!!!!!!! Mau Menjerit.... mau jerit......Damn Good Movie... 2 jam setengah yang mendebarkan....yang membuatkan hingga tak mahu mengelip mata... full of actions... sedikit sneak preview untuk transformer 3.. dia kesinambungan dari transformer 2... bambee dah jadi so sweet.... ahahhaha i luv it! mengisahkan Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime menentang musuh ketat dia Decepticons. Selepas kekalahan Decepticons pada dalam Transformers 2 Revenge of The Fallen, mereka datang untuk menuntut belalah konon-kononya daripada Autobots. Dalam citer kali nih, Autobots dan Decepticons terlibat dengan pergelutan di ruang angkasa yang melibatkan US dan Russia. so di pendekkan citer robot robot nih semua kembali ke bumi untuk menguasai bumi nak jadikan planet dorang.....pertempuran dia memang dahsyatlah..kecempang kecempung..kecempang kecimpung.....akhirnya pastilah yang baik menangkan.... yeah.. memang boleh aku gerenti berbaloi....baloilah.. bayar rm13 untuk tgk midnite movie....puas hati.. & for the first time in my entire life sejak aku pandai tengok wayang nih...abis wayang audience nyer tepuk tangan...impressivekan.....so sape sape yang belum tengok movie nih... my advise pergilah tengok.. tak rugi! cross finger beb! pergi tengok beb dengan lovely family & friends..memang tak kan nyesal!

Promote dah ala ala dapat komisyen plak! hahahhahaha

Thursday, June 30, 2011

Facebook

Facebook... when we talk abour facebook...mcm mcm reaksi kita akan terima... betapa besarnya pengaruh facebook dalam kehidupan seharian facebook.... boleh dikatakan hampir semua kawan kawanku ada facebook... ada apa dengan Facebook sebenarnya....erm.. bagi aku facebook nih mcm sambal belacan.. penyedap makanan... penghibur suasanalah kiranya... kita boleh tulis apa sahaja tanpa ada sekatan.. kita boleh meluahkan apa sahaja yang kita rasa tidak kiralah yang baik atau yang buruk.. Facebook juga pernah menemukan jodoh.. tidak kurang jugak facebook yang menyebabkan rumah tangga berantakan... berhantu ker Facebook nih...?


erm.. Facebook boleh buat duit???? ya... yang nih memang banyak ku dengar..walaupun aku sure gambar duit yang dorang tunjuk tur..duit bohong jer kan...hahahahha tulah ragam manusia berfacebook...share apa sahaja di wallnya dengan harapan ada yang membaca kemudian like.. mungkin kemudian comments...

setelah hampir 2 tahun (mungkin lah.. tak ingat sangat dah) aku ber facebook nih.. dalam minggu nih..aku membaca semula post post lama di wallku... banyaknya yang aku kongsikan.. kongsi pengalaman..kongsi gambar...kongsikan perasaan..kongsikan ilmu... wishing birthday kawan kawan...showing love and appreciation..yaps banyak sekali yang dikongsikan di Facebook...sampai terpikir..sampai bila kau akan terus menulis dan berkongsi rasa untuk tatapan umum...mungkin selagi ada rasa dan selagi ada ilmu..aku terus menulis..terus berkongsi... owh back to topic.. facebook... aku tak pasti sama ada setiap orang perasan atau tidak.. apa sahaja yang kita kongsikan di FB nih satu dunia boleh baca... i just wonder..apalah yang anak-anak kita akan rasa 10 years from now bila dia baca Facebook mak bapak dorang yang asyik dok maki hamun orang di FB...did u think that..apa perasaan anak-anak tur agaknya yer...memang betul.. tangan masing - masing.. suka hatilah nak tulis apa pun.. tapi sekurang-kurangnya gunakan sedikit kelebihan akal yang tuhan bagi untuk berfikir baik dan buruknya.. jangan astik ikut perasaan.. biar akal di hadapan untuk menguasai nafsu... tapi masih masing ada hak untuk mengukapkan apa sahajakan.. sebagai pembaca.. aku kenelah menghormati hak setiap individu.. iye hormat..


erm.. ada satu lagi yang aku tak tahan mengenai FB nih...pagi di wall.."abang i love you"..petang di wall "ayang sayang abang"..malam di wall..."abang miss u like crazy" ya ampun....ndak ada benda lain ka yang mau dikongsi..my goodness setiap masa benda yang sama anda tulis....dan yang pelik tur setiap kali itu jugak pasti ada kawan kawan yang like plak.. orang yang sama like di semua wall status...semabuk mana pun anda sedang Hangat ker hangit bercinta..janganlah buat pembaca lain rasa mual..ada kalanya aku rasa nak block jer budak budak yang mabuk mabuk cinta nih ..tapi apa kandaya sebab sifat hormat itu masih sangat menebal dalam diri.. aku layankan jerlah....hahahahhahah did i sound jeles? ntah jeles ker mcm tur...i dont think so..cuma aku berharap perkongsian itu biarlah ilmiah sikit..kalau tak ilmiah pun aktiviti harian ker... kan..daripada dari pagi ke malam 24-7 bercakap i love u .. ilove u... i love...... at the end nanti korang pun ada cakap.. ada aku kesah..hahahahhaa.. jawapan aku memang aku kesah... i care... i care what my friends do... because u are my friends.. kalau korang tak nak aku kesah kat korang.. korang block jerlah aku dalam FB korang.. then i will start do not care of u.....



Owh satu benda yang aku paling benci kat FBnih... game dia.. hahahahha kawan kawan mana yang hantar request game game mcm mcm jenis binantang tur kan.. angry birds lah.. farm ville lah.. ntah apa apa lagi tur.. erm.. secara jujurnya aku block dah semua application tur.. aku tak suka main games online nih..... tak taulah nape.. dari dulu memang dah tak suka.. aku ngantuk kalau main games..pelikkan..?? nak buat mcm mano...aku suke main sudoko jer...hahahhaha



erm....banyakkan pengaruh FB nih dala kehidupan..dimana saja berada.. orang akan update status.. di kedai malam.. di plaza tol.. di toilet.. ntah di mana mana sahaja.... facebook sana sini..sebelum tidur tgk facebook.. terjaga dari tidur pun update facebook ( aku lah tur) ..lapar pun cakap kat facebook.. ngantuk ngadu kat facebook.. hahhahahaha facebook..facebook.. sometimes i think im addict to u.. Facebook are u drugs????




You are what you think....

You are what you said...

You are what you write...


Tuesday, June 28, 2011

Maaf

MAAF....satu perkataan yang begitu mudah di sebut...bukan semua manusia mampu mengukapkan perkataan Maaf.. apatah lagi mahu memahaminya... amat besar sebenarnya maksud maaf... adakala maaf itu boleh membina jiwa jiwa manusia yang layu.. namun ada kala maaf itu membunuh.. terpulang bagaimana kita mengukapkanya.. teringat pesan Dr Fazilah Kamsah.... manusia yang cemerlang akan menjaga hubungannya dengan sesama manusia... maafkan orang -orang di sekeliling kamu sebelum tidur.. apapun dosanya..sengaja atau tidak.. maafkan..... muhasabah diri..maafkan sesiapa sahaja yang dengan sengaja atau tidak melakukan kesalahan kepada kamu... itu lah yang aku sedang pelajari dalam kehidupan ini..memaafkan manusia manusia yang dekat denganku.. apapun kesalahannya.. besar mana dosanya.. sebesar mana di sakiti maafkanlah....


Ada perumpaan mengatakan.. woman may forgive but not forget... erm.. satu lagi istilah yang aku cuba fahami..mungkin ada kebenaranya... adakalanya apabila seseorang wanita itu terlalu di sakiti mereka pasti tidak akan melupakakan... tapi bagiku.. apabila orang kata sudah memaafkan tapi belum melupakan maksudnya belum ikhlas lagi...apabila kita sudah ikhlas kita pasti sudah dapat melupakan apa yang kita lalui...


Dan itulah yang aku cari sebenarnya... sehingga ke saat aku menulis ini.. aku ingin sekali memaafkan segala perkataan yang terkeluar dari mulut kamu.. ingin sekali.. tapi aku gagal temui keikhlasannya lagi...kerana bila teringatkan apa yang berlaku aku masih rasai kesakitanya.... kalau sudah ikhlas pasti tidak akan ada perasaan begini..

mungkin masa yang akan menentukan.. bila keikhlasan itu tiba .. akan aku kabarkan pada kamu.. aku sudah memaafkanmu...


Maaf kerana belum ikhlas memaafkanmu.....

Monday, June 27, 2011

Hujung Minggu!

erm... kerana ngantuk aku menulis hari ini.. jam baru 11:58am .. kenapalah mata ni h ngantuk sangat... setan setan. kalo nak bergayut..janganlah kat mata.. banyak yang kene di selesaikan nih.. erm.. dah alang alang menulis.. terfikir sesuatu yang hendak di kongsi...erm. taklah penting sangat.. sekadar cerita -cerita perjalanan seminggu yang sudah...


last week..erm.. so many things happen.. dari yang menyakitkan sampai yang mengembirakan... ombak kehidupankan... erm.. manusiakan.. seperti alpa dengan keseronokkan dunia nih.... terlupa fungsi diri agaknya..terlupa tujuan di lahirkan di dunia... seolah olah tidak percaya hari pembalasan kelak... ntahlah masing masing mungkin ada pendapatnya sendiri.. yang penting apa juga yang kamu lakukan sekarang akan di minta pertanggungjawabannya kelak..... My weekend di rumah bersama family.. since my uncle went to bali... yeah.. Bali.. another history place yang boleh di lawati...di sebabkan keboringan saturday night.. yeah we went to Movie.. X-Men: First Class.. okey.. review this moview sikit.. duration 120minit.. erm.. 30minit pertama.. kinds of boring jugak... jalan cerita statik..tapi within last 60 minutes.. wargh...i like..ilikee.. ilikeeeeeeee... baru lah namanya citer X-Men.. ada adventurenya.. ada humor...ada ker kat bumi nih manusia mcm ur ek.. kalau di beri peluang power yang mana yang aku nak... erm.. aku nak power yang boleh baca people minds...i really need it.. supaya senang perjalanan hidup nih.. senang nakbuat keputusan... hehehehe erm..tapi hanya boleh mimpi jerlah kan..... until 1.00am tgk movie.. then back to PJ.. since Sunday - A Day to My Lovely Anak Anak!! yeah...ahad yang penuh dengan aktiviti.. berbasikal, belajar, melukis, makan, solat, ngaji.. fuh lotskan.. pendidikan mesti seimbang.. orak kiri & kanan.. thats what we try to do... erm.. seronok bersama mereka, walau dalam mengomel boring boring tapi tetap rindu nak jumpa dengan umi-uminya.. cuet jer.. walaupun kene jerit dengan umi tetap ngadu kat umi bila jatuh.. hahahahaha . tulah warna warna kehidupan yang mewarna hujung minggu ku.. kesedihan pun boleh hilang kerana mereka.. kerana mereka lebih faham maksud menghargai.. berbanding mereka yang terlebih dahulu di beri akal... anak-anak...belajar & teruslah belajar.. kerana hanya itu tanggungjawabmu!

Thursday, June 23, 2011

Mencari Yang Terbaik

Hidup ini kembara... kembara untuk sentiasa menjadi & memiliki yang terbaik....Hidup ini untuk memberi sebanyak-banyaknya tanpa mengharapkan apa apa... Berilah apa saja kebaikan yang ada dalam dirimu untuk orang lain ..supaya mereka boleh meneruskan kehidupan mereka dengan bahagia yang kau kongsi....


Pencarian kadang kala menyebabkan kita terlupa tentang realiti kehidupan.. bukan semua yang kamu usahakan akan terus mendapat balasanya.. mungkin kamu perlu berusaha dengan lebih keras untuk mendapatkan apa yang kita impikan.. jangan pernah putus berdoa & berusaha... Kejayaan hanya milik orang yang gigih berusaha.


Teruskan berusaha untuk mencari bahagia! Terbaik tidak semestinya tepat... tapi terbaik itu pasti membahagiakan....

Wednesday, June 22, 2011

Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim : Doa Buat Kekasih (HQ Audio)

Yang Dulu Usah Dirindu..

Antara Rezeki & Manusia Hipokrit

antara rezeki dan manusia hipokrit... kedua-duanya pernah mendampingi aku... alhamdulilah dalam getir ujian yang diberi.....kau kirimkan rezeki buat penghias senyuman diri...ntah mengapa bulan ini terlalu banyak kawan-kawan lama yang ketemui...apakah rahmatmu untuk menyatukan kami semula.. biarlah persoalan itu tidak berjawab... takut perasaan menguasai akal...

Semalam berjumpa Kol. ... hahahhahahaha lama dah tak jumpa... spending masa berborak.. soalan perniagaan yang lama dah ku tinggalkan.. rupanya Kol memang tidak berubah.. masih mengingati orang orang yang pernah jatuh & bangun bersama satu ketika dahulu... mendengar pengkhabaran baru Kol. membuatkan aku rasa begitu luas bumi Allah dia turunkan rezeki kepada sesiapa yang di kehendakinya... sekarang duniaku berbeza... .. bila di tanya Kol .. mazizah buat ape skrg...? " i dah tak jual minyaklah Kol... kalau nak minyak urut i adelah... hahahhaha berderai aku ketawa.... jiwaku dah jauh meninggalkan dunia yang penuh hipokrit tur.. lelah dalam dunia perniagaan yang banyak kepura-puraan... lelah dengan manusia yang kononya mahu menolong.... tapi rupanya tolong bermakna... lelah aku dengan janji janji broker yang kononya ada simpanan duit berjuta -juta ringgit.. lelah aku dengan temu janji di restoren restoren mahal... belanja makan... entertaiment...main perempuan...mintak duit... jumpa dato itu... dato ini... kroni itu.. kroni ini....no money no talks lah friends... no money no women... lelah ...penat sangat...aku penat... dengan dunia begitu....!!!

kadang-kadang aku pun keliru bukankah 9/10 daripada rezeki itu dari berniaga.. tapi kenapa yang aku lihat itu berbeza.... dari bangsaku sendiri.. menipu bangsanya sendiri.. menjatuhkan bangsanya sendiri... bagi mereka itu perkara biasa bila berniaga....... dunia inilah yang banyak mematangkan aku...Mengenalkan aku dengan pelbagai ragam manusia... Mungkin sengaja di utus aku untuk melihat segala kerosakkan yang manusia lakukan agar aku tahu bersyukur dengan apa yang diberi kepadaku....Bila orang baik dengan kita tak semestinya dia akan bantu kita... kadang- kadang sahabat pun boleh bertukar musuh...itulah realitinya....

tapi aku bersyukur aku keluar dari dunia itu sekarang... dunia yang penuh dengan manusia yang hipokrit... dunia yang menjadikan aku manusia hipokrit..... tapi kini aku lebih matang.. berada di dunia yang lebih tenang... dunia yang sejiwa denganku.. Dunia Pendidikan.. begitu besar jiwaku disini... ruang karya yang lebih segar... mungkin kerna naluri pendidik tidak pernah luntur dari kecik... teringat zaman kanak-kanak bila cikgu tanya ..."mazizah dah besar nak jadi apa?" jadi cikgu jawabku... mungkin kerna itu aku begitu selesa di sini.. dunia yang menundukkan ego aku.. dunia yang mengajarkan erti kasih sayang.. dunia yang menemukanku dengan Rahmat Allah.. dunia yang menzahirkan kasih sayangku pada setiap insan yang aku sayangi.. anak-anak, adik beradik, kawan- kawan, sahabat -sahabat..... dunia ini benar benar menyedarkan aku betapa hanya pendidikan yang mampu merubah destinasi kehidupan kita...hanya pendidikan yang mampu menukarkan lawan kepada kawan, hanya pendidikan yang mampu mengubah nasib setiap manusia di dunia.....

Malam yang panjang..... sehingga lewat 3am baru tersedar....agak lama tidak berkongsi cerita bersama Kol... anyway thanks Kol... pengalaman itu mendewasakan Kol. dan aku... Tiap langkah perjalanan kita adalah ibadah... siang dan malam mencari dan menyediakan yang terbaik untuk manusia sekeliling.... Jiwaku di sini untuk terus di didik dan mendidik... walaupun adakala teringat kenangan dunia dahulu.... biarlah tersimpan kemas.. mungkin helaian cerita itu akan berguna pada masa akan datang... kerana pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa.....

Dewasalah Mazizah...kerana kau berhak menikmati kehidupan yang lebih baik....

Kebenaran

Menyimpan kebenaran adakala terlihat bodoh
tetapi rupanya menyatakan kebenaran itu lebih menyakitkan..
Pesan Ibu, berkata-katalah yang benar walau menyakitkanmu
Kerana Hanya kebenaran mampu membuat kamu bahagia.....
Tetapi kenapa setelah kebenaran yang diungkap
terasa lebih menyakitkan...

Sakitkah aku??
Di setiap terjaga & tidurku memikirkankamu
Di setiap kerja & ibadah mengenangkanmu
Di setiap lagu dan puisi terbayang wajahmu
Kenapa kau tak pernah hilang
Lelah hati menyeksa diri
sampai kapan harus jadi begini...
menanti yang tidak pasti..
Hati...bantu kawanmu yang lemah ini
Jangan biarkan kawanmu ini merasai kesakitan lagi...
Akal.. Berhentilah berharap....
Hilangkan bayangnya di setiap rasa kehidupan kawanmu
Kawan.. aku lelah dengan deras perasaan
Mencari permata diantara kaca

Ya Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Jangan biarkan aku terus di sakiti
Aku perlu rahmatmu...
Andai diri ini tercipta untuknya
permudahkan urusan kami...
Bukakanlah pintu-pintu kasih sayangMu...
Andai dia bukan milikku...
Hilangkan derita lara di hati...
Jangan biarkan HambaMu terus hanyut dalam gelombang perasaan....

Aku percaya segalanya bukan kebetulan..
Kami berjumpa kerana rahmatMu
& Biarkan kami pergi dengan RahmatMu jua..

Ya Rahman.. Ya Rahim
Ajarkanku tentang sabar & ikhlas..
Kerana jodoh itu rahsiaMu..
Ajarkan padaku adakah ini rasa cinta atau hanya rasa ingin memiliki...
Jika jodohnya Mesir dengan sungai nil..
Jodohnya aku adalah rahsiaMu....

Tuesday, June 21, 2011

Apabila Berteman

Apabila kita hendak berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin kerana satu kelemahan kau akan menjauhinya...
Apabila kita hendak berteman, janganlah kerana tinggi ilmunya kerana mungkin apabila dia buntu kau akan mula memfitnahnya,
Andai kau mencari seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya, kerana mungkin apabila keceriannya hilang, kau akan mula menjauhinya,
Andai kau mencari teman kerana personanya, di mamah usia personanya hilang kau akan mula melupakanya,

Andai kau ingin berteman, terimalah temanmu seadanya dia, kerana dia pun manusia biasa seperti kamu tidak sempurna... kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah....

Berteman tidak perlu bersebab dan bersyarat...... ikhlas yang kita cari ikhlaslah yang akan kita dapat.....

Monday, June 20, 2011

Kisah Dongeng


Apa Yang Mampu Ku Berhias Hanyalah Hati Yang Ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi...

Semalam & Hari Ini

Semalam
Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan
Bertapa Ikhlasnya Manusia meluahkan berkongsi rasa tersimpul...

Semalam
Tercatat dikalbu seribu satu rasa yang entah bila bermula dan tidak pasti bila berakhir

Semalam akan tinggal sejarah
Sejarah Yang Akan Terus Mendewasakan Perjalanan Kehidupan
Dengan Titipan Doa Semalam Tidak Akan Terus Di Lupakan
Dengan Semangat Baru Mengharapkan Semalam Akan Membuka Kunci Seorang Insan
Untuk Menerima Dengan Ikhlas
Semalam Masih Mengharapkan Diri Tidak Lemah
Semalam Masih mengharapkan Penerimaan
Semalam Maish Bersedia Segala Kemungkinan...

Namun
Bila Hari Ini Tiba,
Kosong!
Tewas Dengan perasaan air mata
Hari Ini masih mengharapkan kunci hati ditemui
Menunggu itu akan menyakitkan
Menunggu itu akan membosankan
Tapi Kenapa harus memilih untuk terus menunggu?

Semalam hanya untuk dia yang mengerti..
Kerana Hari Ini ada yang akan terus menanti & Berdoa...
Kerana Keihlasan semalam, Hari Ini hati terpaut!

Ikhlas.....

Friday, June 17, 2011

Tentang seseorang

Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi...Sepi dan sendiri.. aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri...

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terdera

atau aku aku harus lari ke hutan belok ke pantai?



puisinya... sukar dimengerti....


Thursday, June 16, 2011

Kisah Hidup Hari Ini

Hari in tersedar lebih awal daripada biasa.. ntahlah bangun dengan penuh kesyukuran masih di beri kesempatan untuk meneruskan kehidupan yang sementara... Penuh semangat datang ke opis walau dalam hati kelam kabut kerana tak pasti di mana purse aku tercicir.... hehehehe tulah aku.. adakala nampak cool tapi dalam hati... tuhan jer yang tahu...

entah mengapa pagi nih terasa bersemangat mencoretkan sesuatu di blog sendiri.. pengisianya tak pasti.. cuma mahu berkongsi cerita kehidupanku seminggu dua ni... banyak manusia yang aku temui dalam seminggu nih.... ramai yang sudah lama tidak ketemu... ada yang hampir 5 tahun.. ada yang setahun....bila bersua kembali tercuit cuit hati .. Ya Allah rindunya pada manusia manusia nih.... kerana kewujudan alam maya kita masih bersilaturahim.... tulah teknologi nih ada untungnya kalau digunakan dengan cara yang betul.....

erm..."kerja" masih banyak.. banyak sekali.. besar tanggungjawab untuk terus memastikan anak-anak terus mendapat pendidikan yang terbaik. Umur pun makin bertambah, perjalanan hidup akan di teruskan ibarat burung yang terbang.. mungkin berhenti di perhentian sementara menghilangkan lelah.. & akan terus mengembara sehingga pasti sudah sampai ke destinasi yang di tuju... seperti itu juga aku.. terus mencari .. dan mencari sehingga ku pasti sudah bertemu... kita hanya perlu sedikit keberanian untuk mengubah kehidupan...

alangkah mudahnya hidup kalau manusia lain boleh menbaca kamus hati kita.... mungkin tak akan ada manusia yang sengsara mencari kebahagian hidup.... kehidupan yang mudah ada kalanya kita yang rumitkan...

Kelemahan Manusia yang paling besar adalah keraguannya menyatakan betapa besarnya kasih sayang kita ketika mereka masih bersama kita dan menyesali di kemudian hari...

Kebahagian ini hanya untuk mereka yang berani menyatakan kasih sayang mereka...
Fitrahnya..manusia di lahirkan berpasang-pasangan...

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....berikan hatiku pada Dia yang mengerti dengan rahmatmu - amin"




















Wednesday, June 15, 2011

Element - Cinta Tak Bersyarat



Cinta Itu Tidak Bersyarat
Tidak Tahu Bila Ia Bermula....
Tidak Tahu Bagaimana Ia Bermula.....
Tidak Tahu Dengan Siapa Ia akan bermula....

Cinta hanya untuk mereka yang mengertai & menghargai...

Wednesday, May 25, 2011

Selamat Ulang Tahun

Sekian tahun sudah kehadiranku mempengaruhi orang-orang sekitarku,
dan setiap perbuatanku telah membentuk karakterku,
dan setiap langkahku telah membawaku mendekati atau menjauhi cita-citaku,
Dan kelak…
setiap tarikan nafasku akan dimintai pertanggungjawabannya,
untuk menentukan tempatku di alam yang abadi…

Selamat Ulang Tahun
Semoga langkah-langkahku semakin matang
dan selalu membawaku ke arah yang lebih baik.

Semoga Kehidupanku Mewarnai Kehidupan Kalian...
Amin....

Terima Kasih Untuk Kelahiran Pada 27 Tahun Lepas
17 May 1984

Wednesday, May 18, 2011

Sungai Duyung: Apa Yang Sedapnya?


Ermm... sebenarnya dah a few weeks aku nak bagi review tentang tampat makan yang agak glamor di Melaka Muara Sungai Duyong.. what can i said ramai yang kata sedap kat situ kan.. aku pun pergilah berbondong-bondong pergi masa family day aritur..Masyallah ramainya manusia.... dalam otak nih dah pikir.. hui ramainya manusia mesti sedapnya tempat nih... adusssss di sebabkan terlalau ramai .. kenelah plak beratur.. labih setengah jam jugak menunggu meja kosong.. takpe sabar.... cita cita tinggi lagi nih... parking pun jauh.. jalan kaki plak tur.. siap beratur.. .. yeah..finally dapat pun meja..... order order punya order.. ..of course ikan bakar mesti adakan...sebab keglamoran ikan bakarnya membuatkan jadi menu wajib bila sampai sana.. selain ikan bakar ada ketam masak lada hitam, sotong goreng tepung, udang butterprawn, kangkung goreng belacan & nasi putih.. masa tur nasi lemak dah abis so tak dapatlah nak merasa nasi lemak... but anyway nasi putih pun okey jugak.. so bila lauk dah sampai...... Frustrated! My first feeling..... so sad..

Ikan Bakar = Hancus ntah apa yang orang kata sedap! i bet u makan kat Fendi Ikan Bakar Kelana Jaya lagi sedap & one more place dekat dengan jalan istana ( KL)..( can't remember the name) lagi marvelous
Udang Butterprawn & sotong goreng tepung = bolehlah tahan. tapi aku pernah rasa yang lebih sedap
ketam lada hitam = yang ni unik sikit..kalau pergi sana boleh nak try yang ni

so end of story... my family said this is the first & last to come here...Tak Berbaloi!

Tapi seperti biasalah beauty in the eyes of the beholder... mungkin ada tekak kata sedap.. tapi tekak aku dengan the whole my family (lebih 20 orang okey) sume kata tak berapa.... biasa-biasa saje...tak seperti yang digembar gemburkan pun...

so morale of the story dont judge the book by it's cover girl lah...! jangan terpengaruh sangat dengan jalan jalan cari makan ... aku lah salah sorang mangsanya!


Sunday, May 15, 2011

Guru Oh Guru ~ Selamat Hari Guru


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan: Usman Awang

Selamat Hari Guru

Thursday, April 21, 2011

Happy 31st Anniversary!

We never know or fully realize

How sweet and kind our parents are

How gentle and how wise

We simply take for granted

From day to passing day

Each sacrifice they make for us

In their own loving way

But then we finally grow and learned

The way that children do

How much their loves really meant,

How thoughtful they’ve been, too

And so this comes with all the thanks

You both deserve and more

For there aren’t two dearer parents

Than the one on this blog’s for

Happy 31st Anniversary Mak & Abah!

Sunday, April 17, 2011

Bersama Adik-Adik!

Hari Minggu yang penuh dengan aktiviti...wah seronok dapat berjumpa adik-adik semula... rasa rindu dah terubat sikit.. macam macam cerita yang kita kongsikan, gelak... berkaraoke.. berbowling... and dinner together.. walaupun penat tapi seronok.. hopefully kita akan selalu ketemu ya!!! lihatlah pelbagai ragam & aksi ....berbakat besar adik-adik nih rupanya....

senyumlah senyumlah wahai cek mek molek....
fina nape tur?
ada yang tutup muka..ops..ops... takut mak nampak hey...
they are great!!! make sure join aktiviti lain nanti yer...

Wednesday, April 13, 2011

Attitude Manusia

Hari ini aku tertarik untuk menulis mengenai attitude manusia tidak kisahlah di mana mereka bekerja atau menetap manusia pasti tidak terlepas dari pemerhatian orang lain. Itulah yang aku lakukan semalam. Macam -macam perasaan terkuis di hati bila melihat gelagat pekerja di bahagian pesakit luar di salah satu hospital kerajaan di Kuala Lumpur. Marah..Benci..Kesian...terlalu banyak emosi yang boleh di lontarkan... kesian melihat seorang pakcik india yang tua berjalan pun gunakan tongkat tidak cukup bertongkat oleh kerana cuaca hujan semalam pakcik tersebut membawa payung di tangan kirinya...langkah kecil yang diatur untuk berjalan bagi menyeimbangi postur badan yang telah tua..selangkah ..selangkah.. dalam hati tertusik susahnya orang tua nak berjalan mana attendance hospital nih tak nak ke offer wheelchair.... punyalah banyak wheelchair kat luar bangunan tur...takkanlah tak nak nampak.. duduk bersembang dari tadi di tepi tiang... geramnya melihat gelagat manusia yang sepatutnya bertanggungjawab tapi hanya melihat dan tidak mengendahkan keadaan orang tua tur....tak cukup dengan itu siap kene beratur untuk ambil nombor kemudian beratur dapatkan rawatan..... kurang prihatin kah kita kepada nasib warga tua seperti mereka??? di mana rasa tanggungjawab pekerja di sana???

apa yang anda rasa kalau orang tua tur adalah ibu bapa anda??

Tuesday, April 12, 2011

Mimpi

2 hari lepas tidur diulit mimpi... di kejar si tedung...laju berlari akhirnya terjaga 5.45am..eeeeee geli ular!!!!!!!

Monday, April 11, 2011

Perang Dah Tamat

Tiap Kali Terdengar lagu nih pasti jiwa terusik...Apakah benar perang dah tamat??? lirik yang perlu dihayati dan selami...

(Tun Dr. Mahathir - Intro)
The world now lives in fear
We are afraid of everything

Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umat manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang dah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

[ulang korus]

(bridge)
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra'
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical - tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

(Tun Dr. Mahathir - Outro)
War must therefore be made illegal

Nasihat Luqman Al Hakim


  • Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
  • orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
  • Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
  • Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
  • Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

  • Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
  • Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
  • Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
  • Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
  • Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
  • Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  • janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
  • Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
  • Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  • Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  • Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
  • selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
  • Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
  • Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
  • Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  • Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
    kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  • Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
  • Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
  • Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
  • Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.