Monday, July 11, 2011

Berani Gagal




Berani Gagal..ketika berumur 16 tahun.. masa tur form 4.. aku dah baca buku nih.. Buku hasil tulisan Billi PS Lim nih benar benar menyedarkan aku betapa besarnya peluang dah jalan yang terbuka pada setiap kegagalan yang kita kecapi... mula mula buku tur aku pinjam dari Jue.. then kerana tak keterujaan dengan penulisan motivasi PS Lim nih akhirnya aku beli sendiri... tapi sekarang aku tak sure mana dah aku letak buku nih.. masa kemas rumah pindah aritur ada juga selongkah selongkah mini library tapi tak jumpa... tak ingat dah letak mana...

Tak pasti mengapa hari ini terasa ingin membaca buku ini semula..mungkin dengan harapan mampu meniup semangat dan membangkit roh dalam jiwa..hidupkan macam roda.. adakalanya di atas adakalanya di bawah..mungkin melalui pembacaannya nanti mampu mengisi ruang ruang sempit yang sentiasa membolak balikkan hati... ada beberapa sajak yang aku suka dalam buku nih.. ada yang aku pernah tulis semula dalam buku nota masa belajar dulu ..dengan harapan bila hilang mood nak belajar aku boleh baca sajak tur kembali.. memang secara physcologinya berjaya..menghidupkan semangat semula... aku try try lah search kat pakcik google nih.. aku jumpa sajak nih... ni antara sajak yang ada di dalam koleksi Buku Berani Gagal.....hayatilah


Jika kau tidak dapat menjadi meranti di bukit,

Jadilah aur di lembah, tapi jadilah aur yang terapung di sisi bukit

Kalau bukan pokok aur saja pun jadilah,

Jika kau tidak boleh menjadi rimbun, jadilah rumput,

dqn hiasilah jalan dimana-mana,

Jika kau tidak boleh menjadi haruan, jadilah sepat

tapi jadilah sepat yang terlincah di dalam paya,

Bukan semua boleh mejadi nakhoda,

Lainnya harus mengikut saja,

Pasti ada sesusatu untuk semua,

Kerana ada tugas yang berat & ada tugas yang ringan

Antaranya dibuat yang mana lebih berdekatan.

Jika kau tidak dapat menjadi bulan,

Jadilah bintang

Jika kau tidak boleh menjadi jagung,

Jadilah keledek,

Bukannya mengikut besar kau kalah atau menang

Jadilah DIRIMU sendiri yang terbaik.



Umur itu bayangan jiwa



Jika kau telah melupakan segala impian
Jika tiada lagi harapan,

Jika kau tidak lagi memandang kedepan,

Maka tualah kamu sedemikian,

Tapi jika kau menikmati hidup dengan penuh daya

dan dalam hidup kau masih mampu berjenaka

Jika kau masih cinta pada asmara,

Maka pastilah kau masih belum tua

Walaubagaimanapun masa itu berlalu

Walau berapa harijadimu yang berterbangan

Muda & Tua itu bukannya bergantung pada tarikh & Masa

Tetapi Keadaan Jiwa...

Tugas Kita bukanlah menambah usia kepada kehidupan
Tetapi

Menambah Kehidupan kepada usia........

2 comments:

kamalhashim said...

Tugas Kita bukanlah menambah usia kepada kehidupan
Tetapi

Menambah Kehidupan kepada usia........

(This word was so cool!)

Man Ghaira Ana said...

yap.. very coolkan...maksudnya pun sangat mendalam....