Monday, July 11, 2011

Hak!

erm.. enrty kali mungkin sedikit pelik.. aku tak tahu mengapa bila mendengar orang membicarakan soal hak sebagai rakyat malaysia aku jadi marah... marah dengan orang orang yang menjerit tentang hak diri.. terlupakah mereka hak orang lain yang dinafikan semasa mereka melaungkan hak mereka... terlupakan mereka pada hak orang yang terpaksa berjam jam tersangkut di jalan...terlupakah mereka pada hak graduan yang terpaksa konvokesyennya di batalkan gara-gara mereka.. terlalaikah mereka pada hak bakal pengantin yang menunda majlis perkahwinan... teralpakah mereka pada hak peniaga-peniaga yang menanggung kerugian kerana menutup perniagaan..terlalaikah mereka pada hak orang yang meninggal dalam perjalanan kerana lambat mendapat bantuan kecemasan dari ambulans.. terlupakah kamu pada mereka yang tidak sempat menatap wajah orang-orang yang tersayang buat kali terakhir kerana terlewat sampai... kamu bicara tentang Hak.. hak siapa yang kamu laungkan... adakah hak kami secara keseluruhan rakyat malaysia atau hanya hak untuk 20 000 orang yang menjerit-jerit yang kononnya mempertahankan hak mereka...



Kawan berlaku adillah untuk semua... kalau benar kamu memperjuangkan soal hak secara ikhlas...mengapa tidak diserahkan memorandum sewaktu kamu dibenar berjumpa dan berbicara bersama Duli Yang Mulia...


Apa yang kamu sembunyikan... apa yang kamu putarkan.. apa yang kamu cuba buktikan... atau ada pandangan yang cuba kamu alihkan?


HAK apa yang kamu bicarakan sehingga mengendahkan HAK orang lain....
Letaklah sesuatu yang Hak kepada yang BERHAK!

4 comments:

kamalhashim said...

sokong!....

juara lambung said...

http://www.youtube.com/watch?v=Vs47HlvFLEo

Anonymous said...

Hak!!!!...ape yg di sebokkan dengan Hak!!!.. "TANYA DIRI KAU APA BAKTI ENGKAU KEPADA NEGARA BUKAN TANYA NEGARA APA BAKTI NEGARA KEPADA DIRI ENGKAU"....

Man Ghaira Ana said...

Anonymous

Sokong..sepatutnya kita tanya dalam diri sendiri dulu.. apa yang kita sumbangkan pada negara..bukan menjadi peminta-minta di tanah sendiri... kalau ada yang tidak betul..gunakan saluran yang betul..banyak saluranya.. daftar pengundi.. gunakan waktu pilihanraya medan menegakkan hak masing masing...apa gunanya ada wakil di parlimen kalau masih mahu menjerit menjerit di luar...
masing-masing ada fungsi diri masing-masing..pemimpin ..tugasnya mentadbir...rakyat tugasnya mentaati pemimpin.. " Hai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan ulil amri ( orang yang berkuasa) di antara kamu. Jika kamu berlainan pendapat dalam sesuatu perkara hendaklah kamu mengembalikan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulnya- Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih baik pula akibatnya. Surah An Nisa ayat 59. Jelaslah Allah suruh taat.. Taatlah dengan ilmu & jangan berlaku zalim... kalau semua faham fungsi diri masing masing lebih mudah... Kalau kamu rasa pemimpin kita sudah tidak layak memimpin..siapkan diri kamu sebagai pemimpin dan ambil alih..tunjuk suri tauldan yang baik sebagai pemimpin... itu lebih adil untuk semua..jangan lakukan kerosakkan...