Friday, November 11, 2011

Demi Masa

Walau sebanyak mana duit yang kita ada...
Walau sebesar mana kuasa yang kita perolehi..
Kita tidak mampu untuk memberhentikan atau mengulangkan waktu yang telah pergi
Hari ini 11 November 2011 (11.11.11)
Tidak mungkin akan berulang lagi..

"Demi Masa..
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian
Kecuali Orang orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh adn nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran" (103:1-3)

Thursday, November 10, 2011

Seksualiti Merdeka

Seksualiti Merdeka..... apabila mendengar isu semasa yang sedang hangat hangat hangit di dada akhbar dan media menyebabkan aku terusik nak tahu.. apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh seksualiti merdeka.... apa sebenarnyua yang diperjuangkan oleh penganjur..... terasa ingin berkongsi pendapat juga mengenai isu ni...

Bagi pendapat aku asas hukum ada 2 betul dan salah... hak dan batil.. hitam atau putih....yang mana kita pilih... sudah jelas dan nyata hubungan sejenis memang di larang dalam Islam.. jelas dan nyata tertulis di dalam Al Quran... sudah terjadi dalam sejarah Nabi Luth.. adakah kita golongan yang tidak mahu ambil pelajaran... Kalau sudah tercatat hukumnya haram.. maka haram...yang hak dan batil tidak boleh bercampur..... dari satu sudut aku ada terbaca kenyataan orang orang kuat event nih... "Seksualiti Merdeka tidak mempromosi gaya hidup seks bebas tetapi memberi platform kepada golongan -golongan "luar biasa" nih untuk memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang" persoalan aku kenapa golongan ini perlu memahami hak mereka? Sejak bila golongan ini diberi hak? Apabila berkata soal hak.. seolah olah kewujudan mereka dihalalkan dalam masyarakat.... sejak bila kita bersikap terbuka memberi hak menghalalkan hubungan sejenis ini???.... Bagi akulah memang secara dasarnya program ni bukan bertujuan mempromosikan hubungan seks sejenis.. tapi secara tidak langsung sebenarnya kita menampakkan kepada mereka kita menyokong tindakan mereka....mula mula mungkin berkempen untuk memahami hak dalam lingkungan undang undang.. aku rasa tidak mustahil satu hari nanti mereka akan minta kerajaan menghalalkan perkahwinan sejenis lak.. tak kanlah waktu itu baru kita nak berteriak teriak...sedangkan sekarang kita tidak menolak kehadiran mereka dalam masyarakat.... sedarlah muslimin.. perang akhir zaman bukan lagi dengan senapang atau senjata....mereka takluk minda untuk di jajah! Tidak sedar-sedar kah kita!?????