Tuesday, June 21, 2011

Apabila Berteman

Apabila kita hendak berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin kerana satu kelemahan kau akan menjauhinya...
Apabila kita hendak berteman, janganlah kerana tinggi ilmunya kerana mungkin apabila dia buntu kau akan mula memfitnahnya,
Andai kau mencari seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya, kerana mungkin apabila keceriannya hilang, kau akan mula menjauhinya,
Andai kau mencari teman kerana personanya, di mamah usia personanya hilang kau akan mula melupakanya,

Andai kau ingin berteman, terimalah temanmu seadanya dia, kerana dia pun manusia biasa seperti kamu tidak sempurna... kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah....

Berteman tidak perlu bersebab dan bersyarat...... ikhlas yang kita cari ikhlaslah yang akan kita dapat.....

No comments: