Tuesday, August 23, 2005

Wanita : Akal Setipis Rambutnya

Jangankan lelaki biasa nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tidak ada disyurga, namun Adam tetap rindukan Hawa
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri dan puteri
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk dilurusakn oleh lelaki

Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus
Mana mungkin kerja yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah
Didikkanlah mereka dengan panduan dari Nya
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka semakin leka
Usah menghiburkan mereka dengan kecantikan
Kerana nantinya mereka semakin menderita
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah
Kenalkan mereka kepada Allah zat yang kekal

Akal setipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca kuatkan ia dengan iman
Perasaan selembut sutera hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana disitulah nanti mereka akan melihat
Nilaian dan keadilan Tuhan
Bisikan ke telinga mereka
Bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Tuhan sebalikmya disitulah kasih sayang Tuhan

Wanita yang lupa hakikat kejadianya
Pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan
Tanpa ilmu, iman dan akhlak
Mereka tidak akan lurus bahkan membengkok
Itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya
Bila wanita derhaka dunia, lelaki akan huru hara
Lelaki pula jangan mengharapkan ketaatan
Tetapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi
Pimpinlah diri sendiri kepadaNya
Jinakan diri pada Allah nescaya akan jinaklah segala-galanya
Di bawah pimpinanmu

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az- Zahra
Andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karyam Allahu Waihah

No comments: