Wednesday, February 22, 2012

Apa Tanda Melayu Jati?













Apa Tanda Melayu jati
elok perangai mulia budi pekerti
sakit senang menanam budi

Apa tanda Melayu jati
Hidupnya Tahu membalas budi

Apa tandanya melayu jati,
membalas budi sampailah mati

Apa tanda Melayu jati,
Karena budi berani mati

Apa tanda Melayu Jati,
Termakan budi ia takuti

Apa tanda Melayu terpilih
Bertanam budi tiada memilih

Apa tanda Melayu Pilihan
Bertanam Budi jadi amalan

Apa tanda Melayu pilihan
Bertanam budi jadi amalan

Apa tanda Melayu Pilihan,
Termakan budi ia elakkan,
bertanam budi ia galakkan

Apa tanda Melayu terbilang
jujur di muka, lurus dibilang

Apa tanda Melayu bertuah
Hatinya jujur dan lembut lidah.

Adakah anda melayu jati?

Terima kasih kerana berkongsi

No comments: